Syukurlah kerana penceramah sudi meluangkan masa untuk memberikan tunjuk ajar kepada murid-murid Tingkatan 5 yang akan menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM pada 22 hb Julai ( Kertas Matematik Tambahan). Sedikit sebanyak ianya dapat membantu pelajar-pelajar yang hilang fokus di dalam kelas atau pun yang masih dalam keciciran dalam topik-topik yang dibincangkan.
Walaupun saya sedikit kecewa dengan kedatangan pelajar,namun jauh di sudut hati saya mendoakan agar pelajar-pelajar yang tidak bersama menghadiri bengkel ini akan mendapat hidayah daripada Tuhan supaya terbuka hati mereka untuk belajar matematik tambahan sehingga ke akhir perjuangan.
Namun demikian, saya bangga dengan 3 orang pelajar tungkatan 4 yang mahu turut serta dan belajar bersama-sama dalam bengkel tersebut..Syabas...
Insyalah, Panitia Matematik Tambahan tanpa jemu dan bosan akan terus memberi tunjuk ajar dan membuat program-program membantu pelajar dari segi akademik.
0 comments:
Post a Comment