Formula list form 4

Wednesday 15 June 2011
SPM Add Maths Formula List Form4 (1)

From: www.one-school.net

Teknik Mudah Dan Pantas Hafal/ Ingat Sifir E-Sifir

Friday 3 June 2011
Kepada sesiapa yang nak ajar anak-anak ataupun belajar mengingatai sifir dengan cara yang agak mudah dan pantas, boleh lah guna kaedah e-sifir yang telah di cipta oleh seorang guru (tak ingat dah nama dia)..

kaedah ini agak menarik dan senang diajar tetapi ia memerlukan pelajar mengingati langkah-langkah tertentu...

dibawah ada sedikit snapshot daripada power point teknik-teknik hafal sifir cara mudah itu..




bila taktik e-sifir ini telah dikuasai, pesan kepada pelajar-pelajar supaya bila dapat je kertas soalan matematik, terus tulis sifir-sifir tersebut dia atas kertas soalan. senang nanti hanya rujuk je kepada sifir-sifir tersebut bila nak menjawab soalan yang memerlukan penggunaan sifir.

tapi kaedah ini terhad kepada sifir 5-9 sahaja. tak pasti sama ada untuk sifir-sifir yang lain atau tidak.


Pengalaman

Wednesday 1 June 2011


Semasa saya mula-mula memasuki kelas elit tahun 6, saya agak gementar. Ini adalah projek terbaru sekolah saya. Semua pelajar paling elit dikumpulkan dalam kelas ini. “Elit? Elit ke�aku ni?” fikir saya setiap masa. “Dah la matematik pun tak reti, elit konon..” kata hati saya kadangkala.

Hendak dijadikan cerita, saya duduk disebelah pelajar bernama Budiyamin. (Dah 18 tahun saya tak jumpa Budiyamin ni). Budiyamin ni pendiam sikit orangnya tetapi pandai. Satu perkara saya perasan tentang Budiyamin ni. Saya selalu nampak dia tersenyum sorang-sorang, kadangkala bercakap sorang-sorang. Risau jugak saya tengok dia. tetapi bila saya lihat betul-betul, dia tersenyum atau bercakap sorang2 ketika membuat latihan matematik rupanya. Bila cikgu tidak ada dalam kelas, dia akan buka buku matematik. Dia nampak seronok buka buku matematik macam kanak-kanak lain membuka buku komik pula. Saya hairan.

Saya tanya dia, “apa yang seronok sangat ni Budi…?”. Budiyamin menjawab “Seronok la bila dapat gak akhirnya jawapan soalan ni. Berapa hari aku cuba tak dapat-dapat”. Bila dah hari-hari saya lihat dia begitu, saya rasa saya mula memahami kenapa perangainya begitu.

Yang peliknya, sikap dia tu seolah-olah berjangkit kat saya pulak. Saya mula ikut-ikut dia buat latihan. Saya pilih yang senang je mula-mula. Tapi lama kelamaan saya dah mula boleh kejar kepantasan Budiyamin buat latihan matematik. Lama-kelamaan juga kami seolah bertanding siapa lagi cepat boleh menyelesaikan masalah matematik daripada buku teks. Semakin lama semakin seronok.

Tanpa saya sedari, saya sebenarnya sudah mula menguasai matapelajaran matematik yang selama ini saya rasa sangat susah. Saya terfikir, ” kenapa tahun lepas rasa susah sangat eh?”. Saya dan Budi berjaya menghabiskan semua soalan matematik yang ada dalam buku teks matematik. Saya tidak ada buku tambahan matematik (tidak mampu beli ketika itu) jadi Budi yang sering membawa soalan daripada buku tambahan terutamanya daripada kelas tuisyennya. Dapat la saya tumpang belajar.

Dipendekkan cerita, saya mula mendapat A dalam matapelajaran matematik. Matematik sudah menjadi matapelajaran yang pasti dapat A setiap kali peperiksaan. Malah, semasa peperiksaan sebenar UPSR, setelah guru matematik memeriksa kertas peperiksaan saya, beliau senyum dan mengatakan jawapan saya betul semua.

Kesimpulannya, apa yang dapat dipelajari daripada cerita tentang teknik belajar matematik? Saya akan huraikan kesimpulannya esok. :)

sambungannya...

Ada beberapa perkara yang belajar daripada Budiyamin tentang matematik.
  • Satu, kalau nak pandai matematik, kita kena suka matapelajaran tu. Habis, kalau kita dah memang tak suka macam mana? Caranya, mula-mula buat-buat macam kita sukakan matapelajaran tu. Kita macam berlakon sikit yang kita suka subjek tu. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi sedikit. Tak perlu terus mula dengan 100 soalan. Bukan apa, takut terkejut nanti lepas tu terus makin benci.� :)
  • Kedua, matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya berjaya menguasai matematik kerana saya ikut Budiyamin buat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya jadi semakin cekap. Malah, ramai kawan sekelas akan tanya saya dan Budiyamin tentang cara menjawab soalan matematik.
  • Ketiga, matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, :) maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.
  • Keempat, anda perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir?
  • Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.
  • Akhir sekali, anda perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek matematik. Jika anda kisah tidak kisah, sukar untuk anda kuasai subjek ini. Insyaallah saya akan kongsikan lagi di masa akan datang petua-petua untuk menguasai matapelajaran matematik ini.
sambungannya..

Peperiksaan adalah sesuatu yang menakutkan dan menggerunkan bagi sesetengah pelajar. Perasaan sebegini akan menjadi lebih teruk lagi jika minda pelajar itu dipenuhi dengan imej-imej yang menunjukkan kegagalan, kesusahan, pening kepala dan kekecewaan. Imej-imej begini dalam fikiran pelajar akan menambahkan lagi debaran untuk menghadapi peperiksaan. Jadi, apa yang pelajar harus lakukan untuk mengurangkan rasa debaran dan kegelisahan ini?

Satu cara yang efektif ialah dengan membayangkan kesudahan yang menggembirakan. Sebelum hari peperiksaan menjelang, bayangkan hari peperiksaan tersebut di dalam minda anda. bayangkan, peperiksaan sudah berakhir, dan anda kelihatan gembira kerana telah menjawab dengan baik. Bayangkan dengan jelas bagaimana rupa anda ketika tersenyum selepas peperiksaan. Kemudian, rasakan perasaan gembira yang mengiringi senyuman itu. Ini yang dimaksudkan dengan membayangkan kesudahan yang menggembirakan.
Mengapa kita lakukan ini? Seperti yang saya katakan sebelum ini, kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika kita asyik fikirkan tentang kesusahan peperiksaan, kita akan sentiasa risau dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. Akhirnya, kesusahan itu menjadi kenyataan.

Jadi tukar imej susah dalam minda anda itu kepada kesudahan yang menggembirakan yang saya katakan tadi. Insyaallah, kita akan rasa lebih tenang dan kesudahan itu akan benar-benar menjadi kenyataan. Selamat mencuba. :)


from: http://www.motivasibelajar.com
 

Additional Mathematics SMKTTJ Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger