TIPS BELAJAR ADD MATHS...semoga ianya membantu...

Friday 29 July 2011
1.  Beri tumpuan semasa guru mengajar di dalam kelas.

2.  Fahami konsep  yang dipelajari.

3.  Siapkan kerja rumah  secepat mungkin. Jangan tangguh setiap latihan yang diberikan oleh guru.

4.  Perbanyakkan latihan kendiri. Beli buku-buku latihan supaya boleh memberi kemahiran kepada anda.

5.  Mulakan belajar dengan soalan mudah. Buat berulangkali sehingga anda boleh menguasai soalan jenis itu.

6.  Kuat kan semangat jika berhadapan dengan soalan sukar. Buat soalan tersebut dengan berbagai cara. Jika      tidak boleh juga, cepat-cepatlah berjumpa dengan guru anda. Jangan tangguhkan  ketidak fahaman anda.

7.  Peruntukan belajar "Add Maths" sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari.

8.  Setelah anda menguasai beberapa topik, anda perlulah mencuba soalan-soalan berbentuk SPM.,   baik      Kertas 1mahupun Kertas 2. Jangan cepat putus asa...kerana setiap yang mahu berjaya mestiada jalan  keluarnya...... 

     Semoga tips ini dapat membuat anda jatuh cinta pada    
   "AddMaths"                                      
                                                                 -PANITIA ADD MATHS-

KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN PERINGKAT DAERAH SEREMBAN

Wednesday 27 July 2011
Pada 27 Julai 2011, telah berlansung kuiz matematik tambahan peringkat daerah Seremban di SMK Seri Sendayan pada  jam  2.00 hingga 4.30 petang. Panitia Matematik Tambahan SMK Taman Tuanku Jaafar telah pun mengambil bahagian bersama-sama dengan 34 sekolah yang ada di sekitar Seremban. Seramai 3  orang pelajar terlibat bagi setiap sekolah. SMK Taman Tuanku  Jaafar telah menghantar wakil pelajar yang terdiri daripada tingkatan 5. Mereka adalah Mohd  Hanafi  (5 UIAM)  , Sasitharan (5 UKM)     dan Nor Najihah bt Hj SanusI (5 UIAM).












Walaupun tidak memenangi mana-mana  hadiah dalam kategori kumpulan mahupun individu, akan tetapi saya berterima kasih kerana ketiga-tiga peserta dari SMK Taman Tuanku Jaafar telahpun bertarung dengan bersungguh-sungguh. Semoga di  tahun hadapan, sekolah dapat memenangi kuiz seperti ini jika  dianjurkan lagi...

BENGKEL ADD MATHS SPM 2011....2 JAM BERSAMA PENCERAMAH LUAR.....PN RUZIHAN BT ABDULLAH, GURU CEMERLANG, SMK PUTERI

Monday 25 July 2011
25 Julai 2011 ( 2.30 petang hingga 4.30 petang). Hari ini dalam sejarah, seramai 93 orang pelajar daripada 133 orang hadir sewaktu Bengkel Matematik Tambahan anjuran Bimbingan Kanseling dan Panita Matematik Tambahan. Bengkel berlansung selama 2 jam di Bilik Utiliti atau nama glamour sekarang dikenali sebagai Dewan Sri Budiman.

Syukurlah kerana penceramah sudi meluangkan masa untuk memberikan tunjuk ajar kepada murid-murid Tingkatan 5 yang akan menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM pada 22 hb Julai ( Kertas Matematik Tambahan). Sedikit sebanyak ianya dapat membantu pelajar-pelajar yang hilang fokus di dalam kelas atau pun yang masih dalam keciciran dalam topik-topik yang dibincangkan.

Walaupun saya sedikit kecewa dengan kedatangan pelajar,namun jauh di sudut hati saya mendoakan agar pelajar-pelajar yang tidak bersama menghadiri bengkel ini akan mendapat hidayah daripada Tuhan supaya terbuka hati mereka untuk belajar matematik tambahan sehingga ke akhir perjuangan.

Namun demikian, saya bangga dengan 3 orang pelajar tungkatan 4 yang mahu turut serta dan belajar bersama-sama dalam bengkel tersebut..Syabas...

Insyalah, Panitia Matematik Tambahan tanpa jemu dan bosan akan terus memberi tunjuk ajar dan membuat program-program membantu pelajar dari segi akademik.













Additional Mathematics

Friday 15 July 2011
Matematik Tambahan Tingkatan 4

MatematikTambahan-JUJ (PAHANG)
 

Additional Mathematics SMKTTJ Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger