BENGKEL ADD MATHS SPM 2011....2 JAM BERSAMA PENCERAMAH LUAR.....PN RUZIHAN BT ABDULLAH, GURU CEMERLANG, SMK PUTERI

25 Julai 2011 ( 2.30 petang hingga 4.30 petang). Hari ini dalam sejarah, seramai 93 orang pelajar daripada 133 orang hadir sewaktu Bengkel Matematik Tambahan anjuran Bimbingan Kanseling dan Panita Matematik Tambahan. Bengkel berlansung selama 2 jam di Bilik Utiliti atau nama glamour sekarang dikenali sebagai Dewan Sri Budiman.

Syukurlah kerana penceramah sudi meluangkan masa untuk memberikan tunjuk ajar kepada murid-murid Tingkatan 5 yang akan menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM pada 22 hb Julai ( Kertas Matematik Tambahan). Sedikit sebanyak ianya dapat membantu pelajar-pelajar yang hilang fokus di dalam kelas atau pun yang masih dalam keciciran dalam topik-topik yang dibincangkan.

Walaupun saya sedikit kecewa dengan kedatangan pelajar,namun jauh di sudut hati saya mendoakan agar pelajar-pelajar yang tidak bersama menghadiri bengkel ini akan mendapat hidayah daripada Tuhan supaya terbuka hati mereka untuk belajar matematik tambahan sehingga ke akhir perjuangan.

Namun demikian, saya bangga dengan 3 orang pelajar tungkatan 4 yang mahu turut serta dan belajar bersama-sama dalam bengkel tersebut..Syabas...

Insyalah, Panitia Matematik Tambahan tanpa jemu dan bosan akan terus memberi tunjuk ajar dan membuat program-program membantu pelajar dari segi akademik.













0 comments:

Post a Comment

 

Additional Mathematics SMKTTJ Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger