KUIZ MATEMATIK TAMBAHAN PERINGKAT DAERAH SEREMBAN

Pada 27 Julai 2011, telah berlansung kuiz matematik tambahan peringkat daerah Seremban di SMK Seri Sendayan pada  jam  2.00 hingga 4.30 petang. Panitia Matematik Tambahan SMK Taman Tuanku Jaafar telah pun mengambil bahagian bersama-sama dengan 34 sekolah yang ada di sekitar Seremban. Seramai 3  orang pelajar terlibat bagi setiap sekolah. SMK Taman Tuanku  Jaafar telah menghantar wakil pelajar yang terdiri daripada tingkatan 5. Mereka adalah Mohd  Hanafi  (5 UIAM)  , Sasitharan (5 UKM)     dan Nor Najihah bt Hj SanusI (5 UIAM).












Walaupun tidak memenangi mana-mana  hadiah dalam kategori kumpulan mahupun individu, akan tetapi saya berterima kasih kerana ketiga-tiga peserta dari SMK Taman Tuanku Jaafar telahpun bertarung dengan bersungguh-sungguh. Semoga di  tahun hadapan, sekolah dapat memenangi kuiz seperti ini jika  dianjurkan lagi...

0 comments:

Post a Comment

 

Additional Mathematics SMKTTJ Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger