KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 2012

Wawasan 2020 bertujuan untuk melahirkan modal insan yang seimbang dalam aspek jasmani,emosi, rohani  dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bagi mengembangkan aspek intelek, setiap individu perlu mempunyai kebolehan menganalisis data.
Gambar di atas menunjukkan  pelajar-pelajar di sebuah sekolah menengah sedang menduduki peperiksaan akhir tahun. Setiausaha Peperiksaan Sekolah akan mengumpul markah-markah bagi setiap matapelajaran  untuk  menentukan gred purata mata pelajaran, gred purata sekolah dan seterusnya menggambarkan prestasi sesebuah sekolah.     
Perwakilan data menggambarkan ciri-ciri umum bagi sekumpulan data yang membolehkan kita membuat perbandingan dan seterusnya meramal serta merancang masa depan.
BAHAGIAN 1
1.         Senaraikan kepentingan analisis data dalam kehidupan seharian.
2.         Nyatakan jenis-jenis ukuran Sukatan Kecenderungan  Memusat dan  Sukatan Serakan.





BAHAGIAN 2
1.         Dapatkan markah Matematik Tambahan ujian Bulan Mac bagi kelas anda. Lampirkan keputusan tersebut.
2.         Bina satu jadual kekerapan seperti Jadual 1yang mengandungi sekurang-kurangnya lima selang kelas. Gunakan saiz kelas yang sesuai.

Markah
Gundalan
Kekerapan
















Jadual 1
a)         Daripada Jadual 1, cari
            (i)           nilai min markah,
(ii)        nilai mod,
(iii)       median dengan menggunakan dua kaedah.
b)         Berdasarkan dapatan  daripada bahagian (a) di atas, nyatakan ukuran yang sesuai untuk menggambarkan prestasi Matematik Tambahan kelas anda. Beri ulasan.
BAHAGIAN  3
Sukatan Serakan adalah ukuran bagi menentukan sejauh mana data itu tersebar daripada nilai min bagi set data itu.
Merujuk kepada data dalam Jadual 1,
a)         Dengan menggunakan dua  kaedah, cari
            (i) julat antara kuartil
            (ii) sisihan piawai
b)         Terangkan kelebihan menggunakan sisihan piawai berbanding dengan julat antara kuartil untuk menggambarkan data di atas.
SOALAN LANJUTAN
a)         Sekiranya guru anda ingin membuat penyelarasan markah dengan menambah  3 markah bagi setiap pelajar kelas anda di atas komitmen dan disiplin yang ditunjukkan,  nyatakan  markah  min, mod, median, julat antara kuartil dan sisihan piawai. Semak jawapan anda dengan kaedah lain.
b)         Pada  April 2012,  seorang  pelajar baru telah mendaftar di kelas anda . Pelajar tersebut telah memperolehi  97 %  dalam subjek Matematik Tambahan dalam Ujian Bulan Mac di sekolah asalnya.  Sekiranya markah pelajar itu diambil kira dalam analisis Ujian Bulan Mac sekolah anda, nyatakan kesan kehadiran pelajar ini terhadap markah  min, mod, median, julat antara kuartil dan sisihan piawai bagi kelas anda.
REFLEKSI
Apakah nilai murni yang telah anda amalkan semasa mengendalikan projek ini? Sediakan sekeping kad aku janji  mengikut kreativiti anda yang menyatakan usaha anda untuk meningkat atau mengekalkan  keputusan yang cemerlang bagi mata pelajaran  Matematik Tambahan dalam peperiksaan SPM 2012.

0 comments:

Post a Comment

 

Additional Mathematics SMKTTJ Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger